KOMITED. Politeknik Merlimau, Melaka (PMM) menerusi inisiatif Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (USKK) buat julung-julung kali mewujudkan pasukan ragbi wanita bagi negeri Melaka.

Jurulatihnya, Mohd. Shafie Osman berkata, seramai 12 pemain mengikuti Klinik Asas Ragbi Wanita Politeknik Malaysia di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan bagi memantapkan pasukan itu untuk bersaing pada peringkat lebih tinggi.

“Saya berharap ahli pasukan ini berpeluang untuk mewakili pasukan ke kejohanan seperti Sukan Malaysia (Sukma) dan kebangsaan,” ujarnya.

 

Sumber : Kosmo

Ke Atas