Mungkin ada di kalangan kita yang masih berminat menimba ilmu walaupun sudah lebih melepasi alam persekolahan ketika sibuk bekerja dan ada juga yang sudah menempuhi alam persaraan. Kewujudan Kolej Komuniti umpama menawarkan peluang kedua buat mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam dunia yang semakin mencabar.