Muhammad Iskhandar menjual kangkung dengan harga seringgit seikat, hanya mampu memperoleh RM10 sehingga RM15 sehari dan hasil jualan terbabit disimpan untuk membeli barangan persiapan serta menyediakan dokumen penting.

Katanya, pada awalnya dia berasa putus asa tetapi selepas dinasihati bapa, dia bangkit mencari peluang untuk mendapatkan wang selain berharap dapat memohon Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) nanti.

"Tak kisahlah kena jual kangkung sekalipun, kerana ia tetap rezeki halal, hasil saya dan bapa berbudi pada tanah. Walaupun wang saya dapat tidak seberapa tetapi ia bernilai bagi kami sekeluarga.

"Jauh di sudut hati saya memang mahu melanjutkan pelajaran kerana saya sedar hanya dengan peluang ini saya boleh memajukan diri selain merubah nasib keluarga saya menjadi lebih baik.

"Setiap hari saya berdoa semoga urusan saya dipermudahkan selain diberi rezeki seluas-luasnya buat kami sekeluarga. Saya berharap tawaran ini menjadi titik permulaan untuk saya berjaya," katanya yang turut mendapat perhatian Yayasan Raja Shamri.

Muhammad Iskhandar sebelum ini pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok, Rantau Panjang mengakui keluarganya tidak pernah menerima sebarang bantuan dan hanya mengharapkan pendapatan ibu bapa yang tidak menentu hasil menoreh getah.

Sumber : Metro TV