Program Pengajian Separa Masa
PENGENALAN
Program pengajian separa masa memberi peluang kepada semua warga Malaysia yang berkelayakan dan sedang bekerja untuk mengikuti kuliah di hujung mingga serta menambah pengetahuan dan kemahiran dan meningkatkan kelayakan tanpa meninggalkan pekerjaan mereka melalui konsep "Learn As You Earn".
TEMPOH PENGAJIAN DAN WAKTU KULIAH
Program ini akan dilaksanakan selama 8 hingga 10 semester dan kuliah dijalankan pada setiap hari Sabtu dan Ahad kecuali pada minggu cuti semester dan cuti pelepasan am yang jatuh pada hari tersebut.
YURAN PENGAJIAN
Yuran pengajian untuk satu semester dianggarkan RM 1,000 ke RM 1,500 bergantung kepada program dan jumlah jam kredit. Pelajar boleh memohon untuk mendapatkan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) atau pengeluaran simpanan akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN PADA SESI DISEMBER 2018
Program | Syarat Kemasukan |
DA001 Diploma Kejuruteraan Awam Ditawarkan di PUO, POLISAS, POLIMAS, PPD, PKK, PSA, PMM, PTSB |
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:-
ATAU Lulus Sijil Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Institut Latihan Pertanian, Institus Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) di dalam bidang yang berkenaan dan lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian ATAU Lulus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Tiga di dalam bidang yang berkenaan dan lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian ATAU Mendapat Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di dalam bidang yang berkenaan |
DA002 Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan Ditawarkan di POLIMAS, PSA |
|
DA004 Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah Ditawarkan di POLIMAS |
|
DA005 Diploma Seni Bina Ditawarkan di PUO, PPD |
|
DA010 Diploma Geomatik Ditawarkan di PMM, PTSB |
|
DE001 Diploma Kejuruteraan Elektrik Ditawarkan di POLIMAS, PPD, PMM, PTSB |
|
DE003 Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) Ditawarkan di POLISAS, PKK, PTSB |
|
DE004 Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) Ditawarkan di POLISAS, POLIMAS, PSA |
|
DE007 Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik Ditawarkan di PUO, POLISAS, POLIMAS |
|
DM001 Diploma Kejuruteraan Mekanikal Ditawarkan di PUO, POLISAS, POLIMAS, PPD, PKK, PSA, PMM, PTSB |
|
DM002 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) Ditawarkan di PPD |
|
DM003 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji) Ditawarkan di POLIMAS |
|
DM004 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) Ditawarkan di POLIMAS, PTSB |
|
DM008 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik) Ditawarkan di POLIMAS |
|
DM011 Diploma Kejuruteraan Mekatronik Ditawarkan di POLIMAS, PTSB |
|
DP004 Diploma Pemasaran Ditawarkan di PTSB |
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:-
ATAU Lulus Sijil Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Institut Latihan Pertanian, Institus Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) di dalam bidang yang berkenaan dan lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian ATAU Lulus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Tiga di dalam bidang yang berkenaan dan lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian ATAU Mendapat Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di dalam bidang yang berkenaan |
DP005 Diploma Pengajian Perniagaan Ditawarkan di PUO, PSA, PMM, PTSB |
|
DP010 Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan Ditawarkan di PMJB |
|
DP011 Diploma Kewangan dan Perbankan Islam Ditawarkan di PMJB |
|
DF007 Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) Ditawarkan di PUO |
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:-
ATAU Lulus Sijil Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Institut Latihan Pertanian, Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) di dalam bidang yang berkenaan dan lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian dalam Matematik ATAU Lulus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Tiga di dalam bidang yang berkenaan dan lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian dalam Matematik ATAU Mendapat Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di dalam bidang yang berkenaan |
DP001 Diploma Akauntansi Ditawarkan di PUO, POLISAS, PPD, PKK |