Page 163 - PowerPoint Presentation
P. 163
LAPORAN TAHUNAN 2019 | 147
Pemulangan dan Penggantian Peralatan Sewaan ICT
Kontrak Sewaan Peralatan ICT Berpusat Fasa 1 yang bermula pada tahun
2012 telah tamat pada 31.03.2019. Jumlah peralatan yang terlibat ialah 18,138 unit
termasuklah komputer, komputer riba dan pencetak. Proses pengambilan peralatan
tersebut bermula pada 15 April 2019 bagi Kolej Komuniti, 28 April 2019 bagi Politeknik
dan 23 Mei 2019 bagi JPPKK. Keseluruhan bilangan peralatan yang dipulangkan bagi
JPPKK melibatkan 429 unit peralatan yang terdiri daripada komputer, komputer riba
dan pencetak. Penggantian peralatan sewaan ICT yang telah tamat kontrak telah
dilaksanakan pada 22 Julai 2019 sehingga 31 Julai 2019 melibatkan 16,990 unit
peralatan sewaan termasuklah komputer, komputer riba dan pencetak bagi tempoh 4
tahun.
Pemulangan Peralatan Sewaan ICT
Penggantian Peralatan Sewaan ICT