Page 4 - PowerPoint Presentation
P. 4

LAPORAN TAHUNAN 2019 | 1







       Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,


                  Dengan lafaz penuh kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan
       limpah kurniaNya kita berjaya mengharungi tahun 2019 yang penuh cabaran. Tahun 2019 juga

       menyaksikan Politeknik Malaysia menyambut jubli emas, ulang tahun ke-50 bagi politeknik.

                  Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) sememangnya memainkan

       peranan penting dalam usaha membangun dan memperkasakan pendidikan TVET bagi bersama-
       sama mengorak langkah mencapai matlamat dan membangunkan negara.                   Pelaksanaan

       pelbagai program dan aktiviti telah membuktikan komitmen JPPKK dalam usaha melahirkan
       modal insan berkemahiran yang memenuhi kehendak industri dalam bidang TVET. Sepanjang

       tahun 2019, JPPKK dengan penuh yakin bergerak cergas dan dinamik bagi mencapai dan
       merealisasikan hasrat kementerian dan jabatan. JPPKK melalui Kementerian Pendidikan

       Malaysia (KPM) juga telah diberi mandat oleh Jemaah Menteri untuk menyelaras institusi TVET
       bagi  semua    kementerian    penyedia   TVET    melalui  penubuhan    Jawatankuasa     Kabinet

       Pemerkasaan TVET. Selain itu, JPPKK juga telah dilantik sebagai sekretariat bagi penyediaan
       kertas strategi TVET bagi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe12) yang akan memacu

       pembangunan negara di masa depan. Kejayaan demi kejayaan dalam dan luar negara yang
       terhasil adalah berkat kerja keras dan kerjasama semua warga JPPKK, politeknik dan kolej

       komuniti. Ia merupakan manifestasi terhadap satu komitmen yang mampan dan jitu oleh semua
       pihak dalam usaha merealisasikan visi dan misi JPPKK.


                  Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan dan
       ucapan terima kasih kepada semua warga JPPKK, politeknik dan kolej komuniti yang sentiasa

       memberi sokongan dan kerjasama secara berterusan untuk memastikan semua perancangan
       yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya juga berdoa ke hadrat Ilahi agar

       pencapaian dan kecemerlangan yang diperoleh ini akan berkekalan dan sentiasa meningkat dari
       semasa ke semasa seiring dengan objektif penubuhan politeknik dan kolej komuniti. Semua ini

       pasti akan tercapai dengan komitmen semua warga JPPKK, politeknik dan kolej komuniti serta
       sokongan yang berterusan daripada pihak industri.




       Ts. Dr. Mohammad Naim bin Yaakub

       KETUA PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI
   1   2   3   4   5   6   7   8   9