Page 45 - PowerPoint Presentation
P. 45
LAPORAN TAHUNAN 2019 | 39
Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) berperanan sebagai ‘agensi pusat’
berkaitan pembangunan penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan bagi sistem
pendidikan politeknik dan kolej komuniti. Selain daripada itu PPI juga berperanan
sebagai pemudahcara dalam membudayakan serta memperkasakan
penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan dalam kalangan warga politeknik dan
kolej komuniti. Fungsi PPI adalah seperti berikut:
i. Merancang, mengurus dan memantau penyelidikan dan penerbitan ilmiah
di politeknik dan kolej komuniti.
ii. Merancang, mengurus dan memantau pembangunan inovasi dan
pengkomersialan.
iii. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran berkaitan penyelidikan, inovasi
dan pengkomersialan.
iv. Merancang, perolehan dan pengurusan harta intelek dan pengkomersialan
hasil inovasi/produk.