Page 53 - PowerPoint Presentation
P. 53
LAPORAN TAHUNAN 2019 | 47
LIGA ILMU SERANTAU 2019
Seminar Liga Ilmu Serantau (LIS)
merupakan seminar peringkat antarabangsa
anjuran JPPKK dengan kerjasama Yayasan
Ibnu Sina, Batam serta Politeknik Jambi,
Indonesia. Seminar ini merupakan seminar
yang ke-6 diadakan pada pada 26
September 2019 bertempat di Politeknik
Mersing. Tema seminar pada kali ini adalah
“Memperkayakan Kreativiti Penyelidikan dan
Inovasi ke arah Revolusi Industri 4.0”.
Penglibatan 2 negara serumpun ini mampu
memperkasakan lagi penyelidikan dalam
sistem pendidikan negara. Sebanyak 97
kertas penyelidikan berkualiti telah diterbitkan
di dalam e-Jurnal LIS 2019 melibatkan 105 penyertaan pembentangan kertas
penyelidikan merangkumi peserta dari institusi dalam negara seperti politeknik, kolej
komuniti dan peserta dari luar negara seperti Yayasan Pendidikan Ibnu Sina, dan
Politeknik Jambi.
Seminar liga ilmu serantau