Page 8 - PSPKK 2018-2025
P. 8

PELAN STRATEGIK POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (2018-2025)


           Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



           Politeknik dan Kolej Komuniti telah diletakkan di bawah tanggungjawab                                   PERUTUSAN
           Kementerian Pendidikan Tinggi sejak mula penubuhannya pada tahun

           2004.  Mulai detik itu, politeknik dan kolej komuniti telah melaksanakan
           usaha transformasi sehingga mendapat kejayaan dalam pertandingan

           dan pengiktirafan di peringkat antarabangsa.


           Sehingga kini, bilangan lulusan kedua-dua institusi ini melebihi 600,000

           orang  yang  berkecimpung  dalam  pelbagai  bidang  kerjaya.    Dalam
           kajian  yang  dilaksanakan  oleh  Unit  Perancang  Ekonomi  (EPU)  pada

           tahun 2016, daripada 1,392 syarikat dan organisasi yang ditinjau, 29%
           pekerja merupakan lulusan politeknik dan kolej komuniti.
           Ini  menunjukkan  bahawa  kedua-dua  institusi  menyumbang  bilangan

           pekerja TVET teramai berbanding institusi TVET lain.


           Pelan    Strategik   Politeknik   dan   Kolej   Komuniti  yang  dihasilkan

           merupakan satu usaha meningkatkan lagi kualiti graduan TVET negara
           selari   dengan  hasrat  Lonjakan 4:  Graduan  TVET  Berkualiti,  Pelan

           Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 (Pendidikan Tinggi).


           Dengan komitmen padu semua pihak, saya percaya agenda

           mengarusperdana TVET akan menjadi game changer, seterusnya
           membawa Malaysia kepada status negara maju, berpendapatan tinggi.












           YBhg.  Dato' Dr. Mohd Gazali Bin Abas

           Ketua Setiausaha
           Kementerian Pendidikan Malaysia
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13