Page 13 - Pencapaian Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti Fasa I (2018-2020) & Aspirasi Fasa II (2021-2025)
P. 13

Pencapaian Teras 1





           Menghasilkan                                       elaksanaan  PSPKK  Fasa  Pertama  2018  -  2020    telah
                                                              memperlihatkan  kadar  kebolehpasaran  graduan  yang
           GRADUAN                                   Pcemerlang, iaitu melebihi  95 peratus  untuk lima tahun
                                                      berturut-turut  (2015-2019),  mengatasi  sasaran  ditetapkan.

           TVET Berkualiti                            Kejayaan  ini  hasil  pelaksanaan  inisiatif-inisiatif  strategik  yang
                                                      melonjakkan  permintaan  graduan  seperti  penubuhan  Kluster
                                                      Berfokus  dalam  bidang  pelancongan,  jaringan  kerjasama
                                                      dengan syarikat / industri berorientasikan 4IR, Portal Pekerjaan
                                                      Tempatan dan Structured Internship Programme (SIP).

               Objektif Strategik (OS)                Selain  itu,  pelbagai  usaha  proaktif  berorientasikan  industri

                                                      dilaksanakan  bagi  memperkukuh  kualiti  graduan.  Antara
                                    OS 1.1
                  Menghasilkan graduan                program yang dijalankan adalah seperti Reskilling, Upskilling &
                                                      Cross-skilling, dan Finishing School Programme yang memberi
                         yang mempunyai
                   kebolehpasaran tinggi              nilai tambah kepada graduan melalui pensijilan daripada badan
                                                      /  agensi  ternama  seperti  CILT  dan  CISCO.  Turut  menyokong
                                                      objektif strategik ini ialah inisiatif-inisiatif pemerkasaan pelajar
                                                      oleh Unit Corporate, Industrial Services & Employability Centre
                                    OS 1.2
                          Menambahbaik                (CISEC) dan Pegawai Pehubungan Industri dan Alumni (PPIA) di
                                Ekosistem             institusi, pelaksanaan Program 1L5G dan pembangunan Profil
                           Keusahawanan               Pelajar menerusi Sistem Penasihat Akademik.

                                                      JPPKK menerima peruntukan serta dana keusahawanan untuk
                                                      membiayai  program-program  keusahawanan  di  peringkat
                                    OS 1.3            institusi. Hasilnya, lebih 6,000 graduan telah menceburi bidang
                Membangunkan graduan                  keusahawanan dalam tempoh tiga tahun. Peningkatan bilangan
               TVET berciri warga global              graduan  yang  menceburi  bidang  keusahawanan  telah  berjaya

                                                      menarik  perhatian  khalayak  ramai  dengan  memperoleh
                                                      keuntungan  yang  membanggakan.  Kejayaan  ini  diraih  melalui
                                                      keberhasilan  program  dan  aktiviti  seperti  PolyCC  Incubator
                                                      Classroom,  Gerak  Usahawan  Kampus  dan  pelbagai  program
                                                      pendedahan serta pembangunan keusahawanan yang disokong
                                                      erat badan / agensi kerajaan mahupun swasta.
                                                                                                                                  >>

             7    |Pencapaian PSPKK Fasa I (2018-2020)
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18