Page 4 - Buletin_Edisi 2_2019
P. 4
25. JULAI 2019 : MAJLIS PENGHARGAAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA KEPADA POLITEKNIK YANG
BERJAYA MENERIMA AKREDITASI EMAS APACC
Majlis penghargaan Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) kepada institusi Politeknik
Malaysia yang berjaya merangkul penghargaan
akreditasi Emas oleh Suruhanjaya Pentauliahan
berlangsung di Sunway Hotel, Resort & Spa,
Bandar Sunway. Majlis ini telah disempurnakan
oleh Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik.
Antara jemputan VIP yang turut hadir adalah
YBhg. Dato’ Kamel bin Mohamad, Timbalan Ketua
Setiausaha, Kementerian Pendidikan dan YBrs. Ts.
Dr. Mohammad Naim bin Yaakub, Ketua Pengarah,
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.