Page 9 - Buletin_Edisi 2_2019
P. 9
08 OKTOBER 2019 : eDOLA 2019
eDOLA 2019 merupakan sebuah pertandingan tahunan
yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan
Kolej Komuniti (JPPKK), bertujuan untuk menyediakan
platform kepada pensyarah dan pelajar untuk berkarya dan
berinovasi dalam pembangunan bahan dan penggunaan
teknologi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
eDOLA 2019 juga memberi pengiktirafan kepada pensyarah
dan pelajarnya menunjukkan kepakaran pembangunan
bahan dan penggunaan teknologi untuk aktiviti pengajaran
serta pembelajaran. Majlis yang diadakan di Hotel Everly,
Putrajaya ini telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Gazali Abas
dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan
Politeknik dan Kolej Komuniti,
YBrs. Ts. Dr. Mohammad Naim Yaakub