Page 155 - PowerPoint Presentation
P. 155
LAPORAN TAHUNAN 2019 | 140
Unit Komunikasi Korporat merupkan focus point jabatan dalam
penyampaian dan penyaluran maklumat serta peningkatan imej korporat jabatan,
perhubungan awam dan media. Fungsi utama UKK JPPKK adalah :
1
Merancang dan mengurus bahan-bahan penerbitan jabatan sebagai sumber
maklumat seperti video korporat jabatan, buku panduan komprehensif jabatan,
direktori jabatan, buletin jabatan dan lain-lain bentuk penerbitan bagi tujuan
mempromosikan jabatan
2
Merancang dan mengurus imej jabatan dan melaksanakan promosi melalui
strategi perhubungan awam yang teratur
3
Merancang dan mengurus aktiviti promosi dan publisiti program pengajian di
jabatan dan institusi.
4
Menguruskan perhubungan awam dan media dengan merancang strategi media
dalam penyebaran maklumat menerusi liputan media/sidang media (press
conference), menyediakan kenyataan akhbar (press release).