Page 152 - PowerPoint Presentation
P. 152
LAPORAN TAHUNAN 2019 | 138
HARI BERSAMA PELANGGAN KHAS UNTUK SEMAKAN BUKU PERKHIDMATAN
KERAJAAN
Program ini merupakan program tahunan yang akan diadakan oleh Unit
Perkhidmatan, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Jabatan Pendidikan Politeknik
dan Kolej Komuniti (JPPKK). Semakan buku perkhidmatan ini memberi peluang
kepada warga di JPPKK untuk menyemak maklumat perkhidmatan dalam buku
rekod perkhidmatan masing-masing bagi memastikan agar catatan dalam buku
rekod perkhidmatan semua warga adalah teratur dan tiada percanggahan dalam
rekod HRMIS. Bertempat di Ruang Legar BKP, Aras 5, JPPKK, program ini telah
diadakan pada 31 Julai 2019 dan 6 Ogos 2019 secara agihan bahagian mengikut
masa-masa yang telah ditetapkan.
Hari Bersama Pelanggan Khas Untuk Semakan Buku Perkhidmatan Kerajaan