Page 147 - PowerPoint Presentation
P. 147

LAPORAN TAHUNAN 2019 | 134







                  Bagi mendokong aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

           (Pendidikan Tinggi), Lonjakan 1: Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan

           Seimbang pelbagai program berimpak tinggi telah dilaksanakan sepanjang tahun
           2019. Program-program tersebut meliputi badan beruniform, sukan, kepimpinan, jati

           diri, sahsiah, keagamaan dan juga psikologi yang dilaksanakan untuk memberi

           peluang dan mengasah bakat pelajar dalam kepimpinan, kerjasama, kemahiran
           berkomunikasi, kemahiran berfikir secara kritikal dan keusahawan dalam melahirkan

           graduan yang berkemahiran dan berketrampilan tinggi.

                  Penglibatan pelajar serta tenaga pengajar di politeknik dan kolej komuniti
           banyak memberi sumbangan idea bagi menjayakan program yang dirancang

           sepanjang tahun 2019 telah menunjukkan bahawa JPPKK melalui BAPP, Politeknik

           dan Kolej Komuniti sentiasa komited dalam usaha dalam mempersiapkan pelajar
           dari perspektif jasmani, rohani, sahsiah dan psikologi. Terima kasih dan tahniah

           diucapkan kepada semua pelajar serta warga politeknik dan kolej komuniti yang

           telah bertungkus lumus dan bersama dengan BAPP dalam menjayakan program di

           bagi tahun 2019.
   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152