Page 149 - PowerPoint Presentation
P. 149

LAPORAN TAHUNAN 2019 | 135





                   Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) berperanan dalam menjana tadbir

            urus kewangan, perkhidmatan, perolehan dan aset serta pentadbiran di jabatan

            dan institusi di bawahnya. Selain itu, BKP turut berperanan penting dalam
            menyediakan sistem sokongan kepada pengurusan tertinggi untuk menjayakan visi

            dan misi Jabatan. Justeru itu, bagi merealisasikan visi dan misi jabatan, BKP

            dibahagikan kepada tiga seksyen utama iaitu: Seksyen Kewangan dan Perolehan
            bertanggungjawab merancang dan menyelaras Anggaran Belanjawan Mengurus

            (ABM) Kewangan (B49) dan agihan perbelanjaan Peruntukan Pembangunan (P49)

            bukan fizikal di Jabatan dan institusi di bawahnya.



                   Selain itu, seksyen ini juga berperanan menguruskan perolehan aset,

            inventori stor, urusan perolehan dan kontrak serta menyelaras Laporan JKPAK dan

            JPKA bagi Jabatan dan institusi di bawahnya. Seksyen Pentadbiran dan

            Perkhidmatan bertanggungjawab dalam menyediakan khidmat dalam aspek
            pengurusan sumber manusia dan pentadbiran meliputi perkaraperkara seperti

            pengurusan cuti, pengurusan Prestasi dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan,

            Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, pengurusan tanggung tugas Jabatan dan
            institusi dibawahnya, pelaksanaan urusan penempatan pegawai di Jabatan, rekod

            perkhidmatan dan gaji serta perancangan penstrukturan, permohonan dan

            pengisian jawatan di politeknik dan kolej komuniti.



                   Selain itu, seksyen ini juga bertanggungjawab dalam menguruskan sistem

            pengurusan rekod, logistik, laporan kehadiran pegawai, kelulusan lawatan luar
            negara dan hal ehwal keselamatan serta kebersihan pejabat di Jabatan. Seksyen

            ICT berperanan merancang, mengurus dan menyelenggara prasarana ICT di

            jabatan seperti memantau pelaksanaan Dasar Keselamatan ICT (DKICT),
            mengurus setia mesyuarat JPICT, memberi khidmat sokongan bagi sistem EgNet,

            eP, HRMIS, emel 1GovUC, Sistem Egsentrik. Selain itu, seksyen ini juga

            berperanan merancang, membangun dan menambah baik semua jenis aplikasi

            yang telah dibangunkan.
   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154