Page 61 - PowerPoint Presentation
P. 61
LAPORAN TAHUNAN 2019 | 55
PENYERTAAN PERTANDINGAN INOVASI MELALUI PERUNTUKAN KHAS ONE-OFF
LUAR NEGARA
Pusat Penyelidikan dan Inovasi juga membantu menguruskan pensyarah
politeknik dan kolej komuniti yang ingin membentang hasil penyelidikan atau
menyertai pertandingan inovasi di luar negara melalui peruntukan khas One-Off luar
negara. Melalui peruntukan ini, pensyarah di politeknik dan kolej komuniti
berpeluang membentang hasil penyelidikan atau menyertai pertandingan inovasi di
luar negara seperti di Jepun, India, Korea Selatan, Taiwan, Indonesia, Thailand dan
Macau. Pada tahun 2019, seramai 12 orang pensyarah politeknik dan kolej komuniti
telah menyertai pertandingan inovasi peringkat antarabangsa di tujuh (7) buah
negara iaitu di Jepun, India, Korea Selatan, Taiwan, Indonesia, Thailand dan Macau
melalui peruntukan ini. Dalam pertandingan tersebut sebanyak 10 pingat emas, satu
pingat perak dan beberapa anugerah khas telah berjaya diraih oleh pensyarah
politeknik dan kolej komuniti di bawah program tersebut.
Pertandingan inovasi di bawah peruntukan khas One-Off luar negara