Page 66 - PowerPoint Presentation
P. 66
LAPORAN TAHUNAN 2019 | 60
PENCAPAIAN DAN PENGIKTIRAFAN POLITEKNIK DAN KOLEJ
KOMUNITI DALAM PERTANDINGAN INOVASI DI PERINGKAT KEBANGSAAN
Sebanyak 196 pingat emas telah berjaya dimenangi oleh pensyarah
politeknik dan kolej komuniti dalam pertandingan inovasi di peringkat
kebangsaan yang dianjurkan oleh pelbagai agensi kerajaan, universiti dan
JPPKK. Daripada 196 pingat emas yang dimenangi, 126 pingat emas dimenangi
oleh pensyarah politeknik manakala 70 pingat emas pula dimenangi oleh
pensyarah kolej komuniti.
Pertandingan ini dilihat sebagai satu platform yang dapat mengumpulkan
peserta daripada pelbagai bidang bagi meninjau dan membincangkan idea
inovasi. Selain itu, platform ini dapat memperkenalkan produk inovasi politeknik
dan kolej komuniti kepada pihak luar sama ada di peringkat antarabangsa
mahupun kebangsaan. Pertandingan ini juga dapat menggalakkan serta
membudayakan inovasi di kalangan pensyarah politeknik dan kolej komuniti bagi
pembangunan dan penjanaan idea inovasi.
Pencapaian dan pengiktirafan politeknik dan kolej
komuniti dalam
pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan