Page 69 - PowerPoint Presentation
P. 69

LAPORAN TAHUNAN 2019 | 63






                   Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI), JPPKK sentiasa berusaha

            menambahbaik        dan    meningkat      budaya     penyelidikan,     inovasi    dan
            pengkomersialan di kalangan warga politeknik dan kolej komuniti. Salah satu

            usaha tersebut adalah melalui dana penyelidikan. Melalui dana tersebut, ia dapat

            memberi peluang kepada warga politeknik dan kolej komuniti mengembangkan

            bakat,    idea   serta    menerapkan       budaya     penyelidikan,    inovasi    dan
            pengkomersialan yang komprehensif


                   Selain daripada     itu PPI juga menyelaras dan mengkoordinasi warga

            politeknik dan kolej komuniti yang ingin menyertai pembentangan hasil
            penyelidikan atau pertandingan inovasi di luar negara melalui peruntukan khas

            One-Off luar negara. Melalui peruntukan ini, warga politeknik dan kolej komuniti

            berpeluang untuk membawa hasil penyelidikan dan hasil ciptaan produk inovasi
            yang berimpak tinggi ke peringkat antarabangsa. Secara tidak langsung, ini

            memberi ruang dan peluang kepada warga politeknik dan kolej komuniti untuk

            mempromosi politeknik dan kolej komuniti di luar negara.


                   PPI juga aktif dalam menjalinkan kolaborasi pintar dengan institusi dalam
            dan luar negara bagi penganjuran pertandingan inovasi                  dan seminar

            kebangsaan/ antarabangsa. Pada tahun 2019, PPI berjaya menjalin kolaborasi

            antarabangsa dengan Indonesia, Thailand, Korea Selatan dan India melalui
            jaringan strategik bagi mengukuhkan lagi hubungan global dalam ekosistem

            penyelidikan dan inovasi. Jaringan kolaborasi bersama universiti tempatan juga

            penting dalam mencapai strategi dan inisiatif jangka panjang dalam penyelidikan,
            inovasi dan pengkomersialan.


                   Bagi usaha untuk mengkomersialkan produk pensyarah dan pelajar, PPI

            bekerjasama dengan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) untuk

            membangunkan satu Pusat Pengkomersialan bertempat di PSA. Tujuan
            penubuhan Pusat Pengkomersialan ini adalah untuk membantu perkongsian

            ilmu dan menjayakan aktiviti-aktiviti pengkomersilan produk-produk inovasi

            pensyarah dan pelajar yang berpotensi untuk dibimbing dan dikomersialkan.
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74