Page 73 - PowerPoint Presentation
P. 73

LAPORAN TAHUNAN 2019 | 66






            SAMBUTAN JUBLI EMAS POLITEKNIK MALAYSIA


                   Sambutan Jubli Emas Politeknik Malaysia merupakan sambutan yang julung

            kali diraikan. Dalam tempoh 50 tahun, Politeknik Malaysia telah berjaya melahirkan

            graduan dalam pelbagai bidang yang telah menyumbang kepada pembangunan

            ekonomi negara. Berdasarkan statistik, seramai 600 ribu graduan telah dilahirkan
            oleh politeknik dan kolej komuniti yang telah berkecimpung dalam pelbagai bidang

            kerjaya.

                   Kebolehan dan kemampuan

            graduan    serta   tenaga    pengajar

            TVET     di  politeknik   dan    kolej
            komuniti juga setanding dengan

            institusi  pendidikan   lain   kerana

            mampu      bersaing    di   peringkat
            kebangsaan dan antarabangsa. Ini           YAB Timbalan Perdana Menteri turut hadir merasmikan
                                                           Majlis Sambutan Jubli Emas Politeknik di PUO
            telah dibuktikan melalui beberapa

            pencapaian      cemerlang       dalam
            pertandingan    kemahiran,     inovasi

            dan    pengiktirafan   antarabangsa

            terhadap     politeknik   dan    kolej
            komuniti. Sambutan Jubli Emas

            Politeknik       Malaysia        telah

            berlangsung di Politeknik Ungku

            Omar, Perak pada 7 April 2019 dan
            telah di rasmikan oleh YAB Dato’

            Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan

            Ismail, Timbalan Perdana Menteri
            Malaysia.
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78