Page 75 - PowerPoint Presentation
P. 75

LAPORAN TAHUNAN 2019 | 68







            BENGKEL PENGURUSAN LEAN JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI


                   Lean Management merupakan kaedah pengurusan baharu yang dikenalpasti

            mampu memberikan impak kepada kecekapan pengurusan dengan mengutamakan
            nilai kepada pelanggan. Sehubungan dengan itu, Jabatan Pendidikan Politeknik

            dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah melaksanakan lean management dalam

            pengoperasian di jabatan dan institusi. Objektif pelaksanaan lean management di

            JPPKK adalah dengan memberi fokus kepada kecekapan proses dalam
            pengoperasian, memaksimakan hasil dan operasi pada kos yang rendah dan

            menerapkan nilai tambah secara berterusan. Sepanjang tahun 2019, Bahagian

            Governan dan Kecemerlangan (BGK) telah menganjurkan bengkel dan klinik lean
            management di peringkat jabatan, institusi dan zon bagi memastikan kefahaman

            yang jelas terhadap pelaksanaannya di jabatan dan institusi. Bengkel Lean

            Management telah berlangsung pada 28 hingga 30 April 2019 dan 12 hingga 13
            April 2019 yang bertempat di Politeknik Tunku Syed Sirajuddin dan Galeria PjH,

            Putrajaya. Bengkel ini telah melibatkan Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik)

            di Politeknik dan Timbalan Pengarah Pengurusan di Kolej Komuniti yang dilantik
            sebagai ketua pasukan dalam melaksanakan lean management di institusi masing-

            masing.



























                                  Sesi Brain storming dan Taklimat Lean Management
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80