Page 76 - PowerPoint Presentation
P. 76

LAPORAN TAHUNAN 2019 | 69







            PEMERKASAAN PASUKAN INSPEKTORAT DALAMAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI


                   Pasukan Inspektorat Dalaman (PID) di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik
            dan Kolej Komuniti terbahagi kepada tiga peringkat iaitu PID Induk, PID Zon dan PID

            Institusi. Penubuhan pasukan ini bertujuan untuk menjalankan pemeriksaan

            berdasarkan aduan yang diterima, mengenal pasti (detective) kelemahan dan
            ketidakpatuhan dalam melaksanakan prosedur atau peraturan yang sedang berkuat

            kuasa, mengesyorkan tindakan penambahbaikan (corrective) bagi membantu

            mengatasi dan mencegah kelemahan daripada berulang (preventive), serta
            meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam dan tadbir urus di jabatan dan

            institusi. Pada tahun 2019,beberapa bengkel serta kursus berhubung pemerkasaan

            tugas dan peranan Pasukan Inspektorat Dalaman Politeknik dan Kolej Komuniti telah

            dilaksanakan mengikut zon. Seramai 480 orang peserta telah menyertai program
            tersebut yang dianjurkan secara bersama oleh politeknik dan kolej komuniti yang

            telah dilantik. Melalui bengkel/kursus yang dilaksanakan ini, kompetensi PID di setiap

            zon dan institusi dapat dipertingkatkan dalam mengurus aduan dan melaksanakan
            tanggung jawab yang telah diamanahkan dengan cekap dan efisien.
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81