Page 80 - PowerPoint Presentation
P. 80
LAPORAN TAHUNAN 2019 | 73
PENGIKTIRAFAN DARIPADA ORGANISASI ATAU BADAN-BADAN PROFESSIONAL /
INDUSTRI YANG DIIKTIRAF DI PERINGKAT KEBANGSAAN ATAU ANTARABANGSA
JPPKK sentiasa berusaha dalam memastikan institusi di politeknik dan kolej
komuniti menerima pengiktirafan dari pihak luar, samada di peringkat kebangsaan
mahupun antarabangsa. Pengiktirafan ini penting sebagai membuktikan institusi
politeknik dan kolej komuniti setanding dengan pihak luar bagi menampakkan imej
sebagai peneraju TVET di peringkat serantau. Pengiktirafan atau akreditasi daripada
organisasi atau badan-badan professional / industri yang diiktiraf di peringkat
kebangsaan atau antarabangsa yang diberikan kepada institusi di bawah JPPKK
merupakan satu bentuk pengiktirafan yang mengangkat reputasi sesebuah institusi
dalam menjadi peneraju institusi TVET yang unggul di Malaysia.
Pengiktirafan ini juga dapat membuktikan usaha-usaha ke arah
penambahbaikan berterusan bagi pengekalan imej semua pihak berkepentingan.
Sepanjang tahun 2019, politeknik dan kolej komuniti telah menerima pengiktirafan
dari badan-badan yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:
BIL INSTITUSI PENGIKTIRAFAN
Akreditasi APACC
Pengiktirafan Sijil Akreditasi Institusi Latihan Maritim
(Jab. Kej. Perkapalan, Politeknik Ungku Omar)
1 Politeknik Ungku Omar
Pengiktirafan Sijil Akreditasi Kursus Institusi Latihan
Maritim (Diploma Kejuruteraan Perkapalan)
CDIO™ Initiative
Pusat Latihan Bertauliah dari Institut Piagam
2 Politeknik Nilai
Pengangkutan dan Logistik Malaysia (CILTM)
3 Politeknik Port Dickson Akreditasi APACC
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul
4 Akreditasi APACC
Aziz Shah