Page 87 - PowerPoint Presentation
P. 87

LAPORAN TAHUNAN 2019 | 79







                   Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti (BKIK) berperanan sebagai

            perhubungan dan rangkaian strategik dengan industri, komuniti, agensi kerajaan,

            Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan agensi lain bagi menyokong aktiviti pengajaran
            dan pembelajaran. Kolaborasi bersama industri dilaksanakan bagi memastikan

            kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja graduan politeknik dan kolej komuniti.



                   BKIK juga berperanan memperluaskan akses kepada pendidikan dan latihan

            berkemahiran yang berkualiti tinggi, memupuk jalinan industri-akademia yang lebih

            kukuh, membangunkan program kemahiran yang relevan dengan industri,
            mengenalpasti dan memudahcara proses bagi mendapatkan sumber pendanaan

            untuk program pembelajaran sepanjang hayat (PSH) di politeknik, menjana

            pekerjaan berkemahiran, meningkatkan gaji dan upah, merancang dan mengurus
            pelaksanaan program kolaborasi berkaitan PSH bersama kumpulan sasaran kearah

            pembangunan PSH yang lebih lestari.
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92