Page 88 - PowerPoint Presentation
P. 88
LAPORAN TAHUNAN 2019 | 80
PREMIER TVET INDUSTRY NETWORK
Pada 4 April 2019, Jabatan
Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
(JPPKK) Kementerian Pendidikan telah
mengadakan Premier TVET Industry
Network di Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya (PICC). Premier TVET Industry
Network ini diadakan bagi mendapatkan
pandangan pihak industri tentang keperluan
tenaga TVET untuk keperluan industri. Majlis
ini telah dihadiri lebih daripada 100 orang Ucapan aluan oleh Mantan Ketua Pengarah
JPPKK YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Mohd Ismail
yang terdiri daripada wakil industri dan Bin Abd Aziz
pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mantan Ketua Pengarah JPPKK YBhg.
Prof. Dato' Ts. Dr. Mohd Ismail Bin Abd Aziz
telah menyampaikan ucapan alauan bagi
pihak YB Dr. Maszlee Bin Malik, Menteri
Pendidikan Malaysia. Di dalam Majlis ini juga
YBhg. Dato’ Soh Thian Lai telah
menyampaikan ucapan bertajuk "TVET di
Malaysia: Perspektif Industri". Dato' Soh
percaya bahawa, dengan transformasi TVET,
graduan akan menjadi tulang belakang
Tetamu kehormat bergambar dengan semua
peserta Premier TVET Industry Network industri. Selain itu, Dato' Michael Tio, Ketua
Pegawai Eksekutif PKT Logistics Group Sdn
Bhd telah berkongsi inspirasi mengenai
bagaimana beliau mengubah syarikatnya dan
keperluan untuk semua pihak mempunyai
pandangan yang sama dalam
mengembangkan keperluan industri.