Page 97 - PowerPoint Presentation
P. 97
LAPORAN TAHUNAN 2019 | 89
PROGRAM CIMA PROFESIONAL CERTIFICATION AND UPSKILLING PROGRAM (PROSKILL)
Program CIMA Professional Certification and Upskilling Program (PROSKILL)
merupakan program Pembelajaran Sepanjang Hayat yang telah dilaksanakan dengan
kerjasama Politeknik Nilai dan Cement Industries Malaysia Berhad (CIMA). Program ini
telah dilaksanakan selama 14 minggu bermula Julai 2019.
Program upskilling ini merupakan kerjasama academia–industry yang telah
dilaksanakan dengan jayanya dimana ianya telah disertai oleh 19 staf kejuruteraan dari
CIMA Bahau. Ia merupakan sebagai salah satu kriteria proses kenaikan pangkat
ataupun kaedah meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang
Kejuruteraan dan Elektrikal dan Mekanikal. Program ini diadakan pada setiap hari
Sabtu dan Ahad yang merangkumi sejumlah 239 jam pertemuan. Para peserta juga
disediakan tempat penginapan yang selesa di Cemara Inn PNS. Secara umumnya
program ini mendedahkan tentang asas kejuruteraan Pneumatic & Hydraulic
Components and Instruments in Automatic Control, Metallurgy Engineering,
Introduction to Occupational Safety and Health, Fluid Mechanics, Welding Technology
and Skills, Electrical Technology, Computer Application, English & Communication,
Autocad dan Engineering Material.
Dengan pengetahuan dalam bidang kejuruteraan mekanikal yang diperolehi, ia
diharap dapat menghasilkan pekerja yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam
bidang kejuruteraan untuk diaplikasikan dalam menyelesaikan tugas-tugas seharian. Ini
juga merupakan salah satu platform yang boleh digunakan untuk memajukan dan
memotivasikan tenaga kerja bagi syarikat berkenaan melalui proses perkongsian ilmu
antara institusi TVET dan industri.
Maklum balas yang diterima dari peserta dan pihak pengurusan CIMA sangat
memberansangkan dan pihak CIMA akan meneruskan latihan bersama Politeknik Nilai
dalam siri yang sama dan kursus dalam bidang yang lain juga.