Page 102 - PowerPoint Presentation
P. 102

LAPORAN TAHUNAN 2019 | 93







                     BAHAGIAN KURIKULUM (BK) adalah bahagian di bawah Sektor
              Akademik yang dianggotai oleh bilangan paling ramai staf akademik. Dengan

              pimpinan Puan Noor Aidi binti Nadzri sebagai Pengarah Bahagian, BK terbahagi

              kepada 12 unit yang terdiri daripada 10 unit bidang pengajian, satu (1) unit
              penilaian dan inovasi kurikulum, dan satu (1) unit pembelajaran sepanjang hayat

              (PSH).



              A. Unit Penilaian dan Inovasi Kurikulum

              Bertanggungjawab dalam proses merancang dan memantau proses rekabentuk

              pembangunan, semak semula dan penilaian kurikulum program pengajian. Juga

              bertanggungjawab dalam merancang, mengurus dan membangunkan inovasi
              dalam kurikulum melalui pendekatan CDIO, Design Thinking dan iCGPA




              B. Unit-unit Bidang Pengajian
              Bertanggungjawab dalam merancang dan mengurus pelaksanaan rekabentuk,

              pembangunan, semak semula dan penilaian kurikulum program pengajian. Juga

              bertanggungjawab dalam merancang, membangun, mengurus, memantau dan

              menyelenggara silibus program pengajian.



              C. Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat

              Bertanggungjawab dalam menterjemah konsep dan merancang program
              Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) berdasarkan dasar PSH dan Pendidikan

              Islam Sepanjang Hayat (PISH) di institusi mengikut permintaan kumpulan

              sasaran. Juga bertanggungjawab dalam merancang dan memantau proses
              rekabentuk, pembangunan, semak semula dan penilaian modul program

              pengajian PSH.
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107