Page 106 - PowerPoint Presentation
P. 106

LAPORAN TAHUNAN 2019 | 97







          PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT


                Program pembelajaran sepanjang hayat (PSH) di politeknik adalah

         bertujuan untuk      meningkatkan kemahiran dan kelayakan akademik kepada
         pekerja industri, meningkatkan produktiviti syarikat, memupuk jalinan industri-

         academia yang lebih kukuh, membantu menjana pendapatan tinggi dan

         membangunkan bakat (talent development).           Kumpulan sasaran Program PSH

         politeknik adalah dikalangan industri, komuniti, agensi kerajaan, badan berkanun
         dan agensi berkaitan kerajaan (GLC).

                PSH Kolej Komuniti pula bertujuan untuk membantu membangunkan

         potensi diri kumpulan sasar komuniti setempat. Pelbagai kursus pendek yang
         dilaksanakan di kolej komuniti telah menyumbang kepada pengurangan jurang

         tenaga kerja mahir yang dihadapi oleh industri melalui program peningkatan

         kemahiran dan latihan semula (upskilling and reskilling). Program ini bercirikan
         program terlanggan (customized programme) iaitu dilaksanakan dengan lebih

         fleksibel untuk pekerja industri selaras dengan agenda Revolusi Industri 4.0.

         Golongan sasaran program PSH kolej komuniti adalah miskin tegar, orang asli,
         OKU, ibu tunggal, belia dan warga emas/pesara.



                                                  2019









                 36,324                           PSH                217,981



                         718                                                 10,589

                     Program                                               Program



                                      JANAAN PENDAPATAN:

                                               RM3.8J
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111