Page 110 - PowerPoint Presentation
P. 110
LAPORAN TAHUNAN 2019 | 100
FUNGSI UNIT PENILAIAN
1. Merancang dan mengurus pentaksiran dan penilaian pelajar bagi program
formal di institusi;
2. Membangunkan garis panduan, menggubal kaedah penilaian, mengurus
dan menyenggara bank soalan dan data peperiksaan bagi sistem
pentaksiran dan penilaian bagi program formal di semua institusi;
3. Merancang dan memastikan kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran
dan penilaian bagi program formal di institusi;
4. Merancang dan mengurus semua jenis penilaian mencapai Course
Learning Outcome dan Program Learning Outcome bagi program formal di
institusi; dan
5. Melaksanakan semakan semula dan penambahbaikan berterusan
berkaitan isu-isu pentaksiran dan penilaian bagi program formal di institusi.
FUNGSI UNIT DATA DAN PENSIJILAN
1. Merancang dan mengurus penganugerahan pensijilan program pengajian;
2. Merancang, membangun, mengurus dan menyenggara sistem dan aplikasi
pengurusan data berkaitan peperiksaan;
3. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas keurusetiaan Lembaga
Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik selaras dengan
Akta 550 1996; dan
4. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas keurusetiaan Jawatankuasa
Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Kolej Komuniti.