Page 113 - PowerPoint Presentation
P. 113

LAPORAN TAHUNAN 2019 | 103







            GRADUATE ON TIME (GOT)


                   Dalam usaha menghasilkan graduan TVET yang berkualiti, berkemahiran

            tinggi dan bekerja pada tahun konvokesyen meningkat, Politeknik dan Kolej

            Komuniti    telah   melaksanakan      inisiatif  A1   iaitu  “Melaksanakan      Program
            Kebolehpasaran Graduan yang Berimpak Tinggi” melalui sasaran kerja utama :

            peratusan pelajar tamat dalam tempoh (GOT).



                   Key Performance Indicator (KPI) bagi tahun 2019 adalah sebanyak 75%.

            Namun demikian, pencapaian peratus pelajar tamat dalam tempoh di Politeknik

            Malaysia adalah sebanyak 81% manakala di Kolej Komuniti adalah 88%. Walau
            bagaimanapun, bagi tahun 2020, KPI bagi GOT ditetapkan kepada 77%.

            Sehubungan itu, program kebolehpasaran graduan yang berimpak tinggi perlu

            dilaksanakan bagi meningkatkan nilai tambah asas kepada bakal graduan daripada

            aspek ketrampilan diri dan sahsiah yang membantu mereka memperolehi pekerjaan
            yang bersesuaian dengan diri dan majikan
   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118