Page 118 - PowerPoint Presentation
P. 118
LAPORAN TAHUNAN 2019 | 107
KOLABORASI STRATEGIK JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI
(JPPKK) BERSAMA MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK)
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan
kerjasama pihak Group Human Capital, Maybank Berhad telah menjalinkan
kerjasama dalam proses penambahbaikan kurikulum pengajian selari dengan
keperluan industri masa kini. Melalui sesi ini, subject matter experts dari Maybank
telah membantu menyemak kurikulum program berkenaan secara terperinci dan
membuat cadangan penambahbaikan berdasarkan keperluan terkini dalam industri
dengan mengambil kira perubahan trend sosial, perundangan dan teknologi seperti
fintech, digital currency dan blockchain.
Hasil usaha tersebut, pihak Maybank telah menawarkan tempat kepada
pelajar bagi mengikuti latihan industri yang komprehensif kepada pelajar Diploma
Kewangan dan Perbankan serta Diploma Kewangan dan Perbankan Islam, melalui
program Maybank Sales Internship di cawangan Maybank seluruh negara. Program
ini memberi fokus kepada pembangunan kemahiran serta atribut yang dikehendaki
oleh majikan khususnya kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis, interpersonal,
pembuatan keputusan serta berdikari dan berkeyakinan diri. Jaringan kerjasama
adalah bertujuan mewujudkan peluang latihan secara praktikal di sektor perbankan
yang membuka peluang pekerjaan sepenuh masa sebaik pelajar tamat mengikuti
latihan.
Sesi pembentangan dan penilaian akhir
laporan latihan industri