Page 120 - PowerPoint Presentation
P. 120
LAPORAN TAHUNAN 2019 | 109
PENAZIRAN AKADEMIK (PeNA)
Penaziran Akademik (PeNA) adalah
satu aktiviti pemantauan pengurusan
akademik bagi membantu dan memberi
khidmat nasihat kepada institusi dalam
meningkatkan kualiti pelaksanaan program
pengajian agar lebih praktikal dan
berkesan. Lawatan PeNA pada tahun
2019 dijalankan sepanjang tahun bermula
bulan Februari hingga Oktober
merangkumi 19 institusi Politeknik dan
Kolej Komuniti yang terpilih mengikut zon
iaitu Zon Utara, Selatan, Tengah, Timur,
Sabah dan Sarawak. Lawatan PeNA
merangkumi aspek kurikulum,
pelaksanaan pembelajaran dan
pengajaran, pentaksiran dan jaminan
Sesi Lawatan PENA
kualiti.
PeNA dilakukan menggunakan
Instrumen PeNA berdasarkan Garis
Panduan Penaziran Akademik (PeNA)
Sesi Lawatan PENA
Politeknik dan Kolej Komuniti 2019 dan
laporan hasil lawatan PeNA dikemukakan
kepada pihak institusi dan Bahagian di
JPPKK untuk penambahbaikan
dilaksanakan. Proses PeNA dijalankan
oleh Panel PeNA dan dibantu oleh
pegawai unit Naziran, BIPD.