Page 121 - PowerPoint Presentation
P. 121

LAPORAN TAHUNAN 2019 | 110







            PENAZIRAN AKADEMIK (PeNA)



                Lawatan PeNA merangkumi aspek kurikulum, pelaksanaan pembelajaran dan
         pengajaran, pentaksiran dan jaminan kualiti. PeNA dilakukan menggunakan

         Instrumen PeNA berdasarkan Garis Panduan Penaziran Akademik (PeNA)

         Politeknik dan Kolej Komuniti 2019 dan laporan hasil lawatan PeNA dikemukakan
         kepada    pihak   institusi  dan   Bahagian     di  JPPKK      untuk   penambahbaikan

         dilaksanakan. Proses PeNA dijalankan oleh Panel PeNA dan dibantu oleh pegawai

         unit Naziran, BIPD. Seramai 21 orang Panel PeNA yang telah dilantik diberikan

         pendedahan berkaitan maklumat terkini seperti dasar/ polisi/ garis panduan/ surat
         arahan yang sedang berkuatkuasa melalui Bengkel Training of Trainers (ToT) Panel

         PeNA yang telah diadakan pada 28-30 April 2019 di Hotel Summit, Kuala Lumpur.
   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126