Page 122 - PowerPoint Presentation
P. 122
LAPORAN TAHUNAN 2019 | 111
PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP) POLITEKNIK DAN KOLEJ
KOMUNITI
Pemantauan PdP merupakan suatu proses
membantu meningkatkan kualiti pembelajaran dan
pengajaran pensyarah melalui maklum balas
tentang perancangan dan penyampaian kurikulum
yang diberikan kepada pensyarah agar
pelaksanaan PdP mereka lebih berkesan. Proses
pemantauan PdP adalah merujuk kepada Garis
Panduan Pemantauan PdP yang dibangunkan oleh
Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital
(BIPD), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej
Komuniti (JPPKK). Dengan penggabungan Jabatan
Pendidikan Politeknik dengan Jabatan Pendidikan
Kolej Komuniti pada tahun 2018, BIPD telah menyemak semula garis panduan yang
diguna pakai di institusi. Beberapa sesi bengkel semak semula garis panduan ini
telah diadakan sepanjang tahun 2019 melibatkan 33 orang pensyarah politeknik dan
kolej komuniti serta 5 orang pelajar bagi melihat segala keperluan institusi. Garis
Panduan Pemantauan PdP Politeknik dan Kolej Komuniti Edisi 2019 ini telah
digunapakai di 36 buah politeknik dan 103 buah kolej komuniti mulai sesi Disember
2019.
Perbincangan berkaitan Pemantauan Pembelajaran dan
Pengajaran Politeknik dan Kolej Komuniti