Page 123 - PowerPoint Presentation
P. 123
LAPORAN TAHUNAN 2019 | 112
PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP) POLITEKNIK DAN KOLEJ
KOMUNITI
Proses pembangunan
Kalendar Akademik telah melibatkan
dua (2) jawatankuasa iaitu
Jawatankuasa Kerja Kalendar
Akademik (JKKA) dan Jawatankuasa
Induk Kalendar Akademik (JIKA).
Jawatankuasa ini telah diwujudkan
bagi memastikan penyediaan
Kalendar Akademik memenuhi
keperluan bahagian-bahagian yang
terlibat. JKKA terdiri daripada
pegawai Bahagian Instruksional dan
Pembelajaran Digital (BIPD),
Bahagian Kurikulum (BK), Bahagian
Peperiksaan dan Penilaian (BPN) dan Bahagian Ambilan dan Pembangunan
Pelajar (BAPP). JKKA bertanggungjawab menyemak draf Kalendar Akademik yang
telah disediakan oleh pegawai Unit Naziran BIPD mengikut spesifikasi yang telah
dinyatakan dalam Prosedur Pembangunan Kalendar Akademik Program
Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti. JIKA pula bertanggungjawab
memperakukan draf Kalendar Akademik yang telah disemak oleh JKKA untuk
kelulusan oleh Ketua Pengarah JPPKK. JIKA terdiri daripada Pengarah Kanan
(Akademik), Pengarah BK, Pengarah BIPD, Pengarah BPN dan Pengarah BAPP.
Kalendar Akademik 2019/2020 telah diedarkan ke Politeknik dan Kolej Komuniti
mengikut tempoh yang ditetapkan agar pihak pengurusan institusi dapat membuat
perancangan aktiviti akademik di institusi masing-masing.