Page 108 - PowerPoint Presentation
P. 108
LAPORAN TAHUNAN 2019 | 99
Program dan aktiviti utama Bahagian Kurikulum sepanjang tahun 2019 berjalan
dengan lancar hasil kerjasama yang baik dari semua pihak yang terlibat. Penyertaan
dalam kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa akan tetap diteruskan bagi
mencungkil bakat dan kebolehan pelajar di politeknik dan kolej komuniti dalam bidang
yang disertai. Diharap lebih banyak aktiviti dan program yang lebih menjurus kepada
pembudayaan ilmu dan pengetahuan terutamanya dalam bidang teknikal dan
kemahiran pada tahun 2020. Kerjasama dengan pihak industri akan diteruskan dalam
memastikan kurikulum di politeknik dan kolej komuniti sentiasa berada pada landasan
yang sesuai untuk melahirkan graduan yang berkualiti dan berkemahiran. Program-
program yang menjurus untuk membantu golongan sasaran seperti B40, OKU, warga
emas, ibu tunggal melalui pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) juga
akan dipertingkatkan pada tahun 2020 selari dengan matlamat Wawasan
Kemakmuran Bersama (WKB 2030).