Page 21 - Pencapaian Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti Fasa I (2018-2020) & Aspirasi Fasa II (2021-2025)
P. 21

Pencapaian Teras 3





           Memperkaya                                    abatan dan Institusi sentiasa prihatin dengan warga kerjanya
                                                         yang  merupakan  aset  penting  kepada  organisasi.  Ini
           BAKAT                                  Jdibuktikan dengan perancangan strategik yang sistematik bagi
                                                  memperkaya bakat secara berterusan dan efektif melalui pelbagai
                                                  program yang telah dirancang dan kemudiannya dilaksanakan.


                                                  Justeru itu, memperkaya bakat dengan pelbagai pengetahuan dan
                                                  kemahiran merupakan aspek penting yang dititikberatkan. Melalui
                                                  penetapan objektif strategik melahirkan tenaga pengajar yang efektif
                                                  melalui pembangunan bakat yang komprehensif, PPPT dikehendaki
                                                  dan  digalakkan  untuk  mengikuti  program  pembangunan  bakat

               Objektif Strategik (OS)            bersama industri, Multiskilling Programme, Executive Management
                                                  TVET,  Attachment  Programme  (SIP),  Program  Peningkatan

                                     OS 3.1       Kemahiran (PPK), Kursus Career Path Competency Matrix (CPCM),
             Melahirkan tenaga pengajar           Kursus  dalam  Perkhidmatan  (KUDAP)  dan  Skim  Hadiah  Latihan
                      yang efektif melalui        Persekutuan (SHLP).
               pembangunan bakat yang
                             komprehensif         Selain  itu,  Program  Leadership  and  Management  Development
                                                  (LEAD) dan program peningkatan tahap akademik juga dilaksanakan
                                                  selaras usaha memantapkan pengurusan dan kepimpinan organisasi
                                                  di  bawah  JPPKK.  Walau  bagaimanapun  cabaran  yang  perlu
                                                  ditempuh dan ditangani pada masa ini ialah peruntukan kewangan
                                                  yang terhad dan impak pandemik COVID-19 yang memberi kesan
                                                  besar kepada organisasi.


                                                  Rumusannya,  melalui  Program  Pengayaan  Pengalaman  di
                                                  Industri,  Program  Pembangunan  Kepimpinan  Terkini  dan
                                                  Program Pemantapan Perkembangan Profesional Pengajaran dan
                                                  Pembelajaran 4.0, usaha melahirkan tenaga pengajar yang efektif
                                                  dan memantapkan barisan kepimpinan dalam kalangan PPPT dapat
                                                  dilaksanakan ke arah pembangunan bakat yang komprehensif.









            15    | Pencapaian PSPKK Fasa I (2018-2020)
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26