Page 33 - Pencapaian Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti Fasa I (2018-2020) & Aspirasi Fasa II (2021-2025)
P. 33

Pencapaian Teras 6





           Membudaya                                      saha  Jabatan  dan  institusi  dalam  mempergiatkan  penyelidikan
                                                          gunaan  dan  inovasi  turut  diberi  keutamaan  melalui  objektif
           PENYELIDIKAN                          Ustrategik  Melestari  Ekosistem  Penyelidikan  dan  Inovasi.  Dalam
                                                  fasa ini, pihak Kementerian telah meluluskan peruntukan RM6,736,537
           GUNAAN DAN                             dana  penyelidikan  TVET  Applied  Research  Grant  Scheme  (TARGS)
                                                  dan  Public  Private  Research  Network  (PPRN).  Sebanyak  102  projek
           INOVASI                                pembangunan  produk  inovasi  melalui  dana  penyelidikan  TARGS  dan


                                                  PPRN  melalui  kolaborasi  pintar  dengan  pihak  agensi,  industri  dan
                                                  komuniti bagi mengaplikasi produk yang dihasilkan melalui kepakaran
                                                  warga institusi.



               Objektif Strategik (OS)            Penghasilan  produk  melalui  projek  PPRN  telah  meningkatkan
                                                  produktiviti industri kecil dan sederhana.  Selain itu, sebanyak 456 produk
                                                  inovasi  dihasilkan  serta    mendapat  pengiktirafan    melalui  penyertaan
                                     OS 6.1       pertandingan inovasi peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Produk
                      Melestari ekosistem         ini  juga  dapat  diaplikasi  oleh  institusi  dan  industri  melalui  konsep
                 penyelidikan dan inovasi         solution provider. Justeru, pembangunan inovasi melalui penyelidikan
                                                  gunaan  memberi  implikasi  yang  signifikan  terhadap  kepakaran  dan
                                                  kemahiran warga institusi dan ia membuktikan bahawa Politeknik dan
                                                  Kolej  Komuniti  mempunyai  penyelidikan  dan  inovasi  berkualiti  kerana
                                                  mendapat pengiktirafan pihak luar. Tenaga pengajar turut menghasilkan
                                                  sebanyak  2,248  kertas  penyelidikan  yang  disebar  dan  dikongsi  dalam
                                                  penerbitan ilmiah melalui tujuh  jurnal pelbagai bidang yang dikeluarkan.


                                                  Teras  ini  memberi  ruang  dan  peluang  kepada  warga  membuat  kajian
                                                  dan melontarkan idea dalam pelbagai bidang disiplin. Justeru, institusi
                                                  telah  menganjur  pelbagai  pertandingan  inovasi  dan  seminar  dalam
                                                  memartabatkan TVET. Sebanyak 61 seminar dan pertandingan inovasi
                                                  dilaksanakan sepanjang tiga tahun ini dan manfaatnya dikongsi  bersama-
                                                  sama dengan institusi pengajian tinggi awam dan swasta termasuk juga
                                                  pihak  industri.  Hasil  usaha  ini  disokong  sepenuhnya  di  bawah  pusat
                                                  penyelidikan  di  setiap  institusi  dalam  membantu  menyelaras,  menilai
                                                  dan mempromosi semua aktiviti penyelidikan secara efektif.









            27    | Pencapaian PSPKK Fasa I (2018-2020)
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38