Page 29 - Pencapaian Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti Fasa I (2018-2020) & Aspirasi Fasa II (2021-2025)
P. 29

Pencapaian Teras 5





           Memperkukuh                                    ebagai  institusi  TVET  yang  menjalankan  program  pengajian
                                                          berlandaskan  industri,  Politeknik  dan  Kolej  Komuniti  sentiasa
                                                  Smenjalin kolaborasi strategik dengan industri, institusi pendidikan,
           KOLABORASI  komuniti, agensi awam dan swasta.  Kolaborasi ini melibatkan pelbagai
           Industri dan Komuniti                  bidang dan aspek seperti latihan pelajar, sangkutan tenaga pengajar dan
                                                  pekerja, kerjasama pembangunan teknologi dan inovasi, pembangunan
                                                  dan  pengkomersialan  produk  serta  perkongsian  ilmu  dan  kemahiran
                                                  melalui pelbagai aktiviti dan program kerjasama.

                                                  Secara  amnya,  Politeknik  dan  Kolej  Komuniti  telah  melaksanakan
                                                  kolaborasi strategik dengan lebih seribu syarikat dari tahun 2018 sehingga
               Objektif Strategik (OS)            Oktober 2020. Sebagai contoh, antara kolaborasi berimpak tinggi yang

                                                  berjaya dilaksanakan adalah seperti di Politeknik Ungku Omar dengan
                                     OS 5.1       Trans Resources Corporation Sdn. Bhd. dalam bidang pembinaan dan
                  Memperkukuh jaringan            Kolej Komuniti Sungai Petani dengan Syarikat Aim Coffee dalam bidang
                          industri-institusi      kulinari dan perhotelan.


                                                  Selain daripada melaksanakan pengajian sepenuh masa, Politeknik dan
                                                  Kolej  Komuniti  juga  menawarkan  program  Pembelajaran  Sepanjang
                                     OS 5.2       Hayat (PSH) selaras dengan Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran
                 Memastikan sumbangan             Sepanjang Hayat Peringkat Nasional (2011-2020). Antara inisiatif pelan
                signifikan kepada negara           tersebut  ialah  pelaksanaan  program  PSH,  sama  ada  secara  formal,
                                                  tidak formal atau bukan formal dalam pelbagai bidang kemahiran yang
                             dan komuniti         diperlukan oleh individu, komuniti dan pekerja industri.  Sehingga kini,

                                                  sebanyak  22  bidang  kemahiran  PSH  ditawarkan  oleh  Kolej  Komuniti
                                                  melibatkan kumpulan sasar seperti belia, warga emas, golongan miskin
                                     OS 5.3       tegar, Orang Kelainan Upaya (OKU), Orang Asli, ibu tunggal dan pelajar
                Memperkukuh hubungan              dari  institusi  tahfiz  dan  pondok  menerusi  program  Pendidikan  Islam
                            dengan alumni         Sepanjang Hayat (PISH).

                                                                                                                                  >>














            23    | Pencapaian PSPKK Fasa I (2018-2020)
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34