Page 23 - PowerPoint Presentation
P. 23
LAPORAN TAHUNAN 2019 | 19
GLOBAL WORK INTEGRATED LEARNING (GWIL)
Program Global Work Integrated Learning merupakan program kerjasama
akademik melibatkan Politeknik Malaysia, RMIT Australia dan North Seattle College,
Amerika Syarikat. Work Integrated Learning (WIL) merupakan program yang
menyatukan pembelajaran secara akademik dengan permasalahan sebenar di
dalam industri. Latihan yang dilaksanakan adalah berdasarkan permasalahan dan
simulasi sebenar di tempat kerja dan pendekatan pembelajaran dan perbincangan
dilaksanakan secara maya (online).
Program ini dibangunkan bagi meningkatkan kebolehpasaran pelajar dengan
memberikan mereka nilai tambah dan pengalaman sebenar di dalam industri. WIL
juga akan membantu meningkatkan mutu dan kualiti sistem pendidikan TVET
berasaskan industri. Program GWIL ini telah dirintis pada tahun 2015 dan disertai
oleh pelajar institusi pendidikan tinggi daripada negara-negara terlibat, iaitu:
i. Australia diwakili Royal Melbourne Institute of Technology University
(RMIT)
ii. Amerika Syarikat diwakili North Seattle Community College
iii. Malaysia diwakili Politeknik Port Dickson dan Politeknik Seberang Perai
Pelajar yang menyertai Program Global Work Integrated Learning 2019