Page 26 - PowerPoint Presentation
P. 26

LAPORAN TAHUNAN 2019 | 22






            I-WORK INTERNATIONAL APPRENTICESHIP WORKSHOP

                   Program I-work International Apprenticeship Workshop merupakan program
            kerjasama di antara British Council dan JPPKK bagi mendapatkan maklumat dalam

            melaksanakan program Apprenticeship antara Politeknik dan Kolej Komuniti dan

            dengan industri. Politeknik Muadzam Shah dan kolej Komuniti Gerik telah terpilih
            sebagai institusi peneraju bagi melaksanakan projek ini. Kedua-dua institusi ini, telah

            diletakkan di dalam kumpulan mengikut kluster dan sesi perbengkelan tersebut telah

            dijalankan di institusi pengelola (host institution) projek mengikut kluster tersebut.

                   Selain itu, Politeknik Muadzam Shah terlibat bagi menambahbaik garis

            panduan pelaksanaan internship, manakala Kolej Komuniti Gerik pula telah terpilih

            untuk melaksanakan program apprenticeship dalam bidang automotif. Seramai 15

            orang pelajar Kolej Komuniti Gerik telah menjalani pilot project bagi program
            apprenticeship tersebut bersama-sama industri automotif seperti Toyota, Honda,

            Ramli Motor Workshop, dan Proton.

























               Sesi pelancaran program I-WORK INTERNATIONAL APPRENTICESHIP WORKSHOP dan
                          penyerahan pelajar yang menyertai program kepada pihak industri
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31