Page 31 - PowerPoint Presentation
P. 31
LAPORAN TAHUNAN 2019 | 26
KONVENSYEN CENTRE OF TECHNOLOGY (COT) & MAJLIS APRESIASI COT JPPKK
2019
Program Konvensyen Centre of Technology (COT) & Majlis Apresiasi COT
JPPKK 2019 telah diadakan pada 6 November 2019 bertempat di Bilik Latihan
Aras 1, Galeria PjH, Persiaran Perdana, Presint 4, W.P. Putrajaya. Program ini
telah dihadiri oleh Ahli Pengurusan Tertinggi JPPKK, Pengarah Bahagian di
JPPKK, Pengarah Politeknik & Kolej Komuniti serta 30 wakil industri. Program ini
terbahagi kepada 2 sesi acara iaitu:
Konvensyen COT JPPKK 2019; dan
iMajlis Apresiasi COT JPPKK 2019
Konvensyen yang dianjurkan ini bertujuan mendedahkan kekuatan COT
kepada pihak industri melalui amalan terbaik dan pencapaian serta pengikitirafan
yang pernah dicapai sejak penubuhan COT secara rasmi pada 2015. 4 COT telah
membuat pembentangan semasa konvensyen tersebut, iaitu Centre of Technology
in Marine Engineering (CTME), PUO; Centre for Air-conditioning & Refrigeration
(CARe), PUO; Centre for Medical Electronic Technology (CMET), PSA; dan
Creative Design Centre (CDeC), PIS.
Pengurus COT PIS memberi
penerangan mengenai CDeC PIS
Sekitar lawatan tapak semasa
majlis berlangsung