Page 29 - PowerPoint Presentation
P. 29
LAPORAN TAHUNAN 2019 | 24
Bahagian Perancangan Program dan Institusi (BPPI), JPPKK terdiri
daripada 2 unit iaitu Unit Perancangan Program (UPP) dan Unit Infrastruktur &
Fasiliti (UIF). UPP berfungsi merancang, mengurus dan memantau program
pengajian di institusi, merancang unjuran kapasiti pelajar di institusi serta
merancang pelaksanaan dan penilaian Centre of Technology (COT). Unit ini juga
berperanan merancang dan mengurus permohonan projek/program
pembangunan fizikal dan bukan fizikal melalui peruntukan rancangan Malaysia
(RMK) atau lain-lain sumber peruntukan pembangunan.
Manakala UIF berperanan merancang dan mengurus keperluan
permohonan projek/program, kemudahan fizikal/program pendidikan dan latihan
institusi serta mengurus pelaksanaan projek/program pembangunan fizikal yang
diluluskan. UIF turut berperanan memantau prestasi fizikal projek dan kewangan
bagi peruntukan pembangunan P63 yang dilaksanakan bahagian/institusi di
bawah JPPKK serta memberi khidmat nasihat teknikal untuk permohonan
perbelanjaan mengurus tahunan bagi kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan
serta naik taraf institusi.