Page 21 - PowerPoint Presentation
P. 21

LAPORAN TAHUNAN 2019 | 17






            4TH BATCH SEAMEO STUDENTS EXCHANGE PROGRAM UNDER POLYTECHNIC

            NETWORK

                   Politeknik dan Kolej Komuniti telah

            menyertai 4th Batch of SEATVET Student
            Exchange Program yang telah berlangsung

            dari  Julai   sehingga    November      2019.

            Penglibatan Politeknik dan Kolej Komuniti

            Malaysia dalam program ini telah membuka
                                                                  Wakil Kolej Komuniti Kuala Langat
            rangkaian kerjasama yang lebih luas antara           bersama-sama pelajar Politeknik Bali

            institusi  ASEAN dan       pelbagai industri

            terlibat. Program ini telah memberi pelbagai
            manfaat kepada pelajar politeknik dan kolej

            komuniti     yang      terlibat    antaranya

            meningkatkan kemahiran komunikasi dan
                                                               Pengarah Politeknik Nilai bersama-sama
            keyakinan diri,   mempelajari budaya dan           pelajar yang menyertai program 4th Batch
                                                               of SEATVET Student Exchange Program
            Bahasa negara lain serta mempelajari

            teknologi dan pengetahuan baru yang

            terdapat di negara yang terlibat.

                   Seramai 95 orang pelajar Politeknik

            dan Kolej Komuniti telah menjalani program

            outbound dengan kerjasama institusi TVET           Pelajar Politeknik Malaysia bersama-sama
                                                               wakil pensyarah Politeknik Negeri Medan,
            dari Indonesia, Thailand dan Filipina. 83                        Indonesia

            orang pelajar telah menjalani program di

            Indonesia, 10 orang di Thailand dan 2

            orang di Filipina. Manakala, seramai 111
            orang pelajar antarabangsa telah menyertai

            program inbound di Malaysia, iaitu 91

            orang   dari   Indonesia,   16   orang    dari       Sebahagian pelajar Politeknik Malaysia
                                                                  yang menyertai program 4th Batch of
            Thailand dan 4 orang dari Filipina.
                                                                  SEATVET Student Exchange Program
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26