Page 17 - PowerPoint Presentation
P. 17
LAPORAN TAHUNAN 2019 | 13
5th SEAMEO POLYTECHNIC NETWORK MEETING
The 5th SEAMEO Polytechnic Network Meeting ini merupakan platform
untuk perkongsian kaedah dan amalan program pertukaran pelajar diantara
institusi yang terlibat, selain untuk mengkaji dan menilai semula pelaksanaan
program SEA-TVET Student Internship Exchange yang melibatkan pelbagai
institusi dari ASEAN. Mesyuarat ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan
Politeknik dan Kolej Komuniti dengan kerjasama Sekretariat Southeast Asian
Ministers of Education Organization (SEAMEO). Antara objektif pelaksanaan
mesyuarat ini adalah:
i. berkongsi dan mempelajari amalan pertukaran pelajar yang berjaya dari
institusi yang mengambil bahagian;
ii. mengkaji dan menilai semula pelaksanaan 3rd Batch SEA-TVET Student
Internship Exchange pada Januari-April 2019;
iii. mengenal pasti mekanisme dan peningkatan yang dipersetujui bagi 4th
Batch SEA-TVET Student Internship Exchange yang dilaksanakan pada
bulan Ogos-Oktober 2019; dan
iv. mendapatkan komitmen dari institusi TVET yang mengambil bahagian
dalam kumpulan pelajar SEATVET ke-4.
Mesyuarat ini dirasmikan oleh YBrs. Dr. Gatot Hari Priowirjanto,
Director of SEAMEO Secretariat dan YBrs. Dr. Mohammad Naim bin Yaakob,
yang merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), Jabatan Pendidikan
Politeknik dan Kolej Komuniti pada ketika itu, mewakili YBhg. Prof. Dato Ts. Dr.
Mohd Ismail Bin Abd Aziz, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan
Kolej Komuniti.