Page 12 - PowerPoint Presentation
P. 12

LAPORAN TAHUNAN 2019 | 8






            JAWATANKUASA KABINET PEMERKASAAN TVET (JKKPTVET)


                   Laporan Jawatankuasa Pemerkasaan TVET telah menggariskan 20 strategi

            dan 15 syor pada lima pemacu utama dalam mencapai aspirasi kebangsaan

            ekosistem TVET dan aspirasi        pelajar TVET berkemahiran tinggi. Sasaran Kerja
            Utama JKKPTVET ialah menubuhkan Badan Penyelaras TVET Negara, Model

            Pembiayaan      yang    mampan,     Model     Pemilikan    Bersama     dengan     industri,

            Pemerkasaan Persijilan TVET (Industri), dan Penjenamaan TVET Kebangsaan

            Tunggal. Usaha ini adalah antara langkah yang dilakukan bagi mencapai visi TVET
            negara untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi menjelang 2030.


                   Justeru, penubuhan JKKPTVET merupakan manifestasi komitmen Kerajaan

            dalam usaha memantapkan penyelarasan dan kerjasama di antara semua
            kementerian berkaitan dan pihak berkepentingan dalam bidang TVET bagi

            mengangkat TVET sebagai pendidikan serta kerjaya pilihan masa depan yang

            mendapat pendapatan lumayan serta berpotensi tinggi. Penglibatan lebih banyak
            industri untuk memperkukuh dual training programme, dan seterusnya bergerak dari

            industry participation kepada industry partnership sebelum menuju kepada industry-

            led TVET.






























                                                  Kerangka Pemerkasaan TVET
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17