Page 11 - PowerPoint Presentation
P. 11
LAPORAN TAHUNAN 2019 | 7
JAWATANKUASA KABINET PEMERKASAAN TVET (JKKPTVET)
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Ogos 2019 telah bersetuju dengan
Memorandum daripada Menteri Pendidikan No. M577/2019 bagi penubuhan
Jawatankuasa Kabinet Pemerkasaan TVET (JKKPTVET). JKKPTVET telah
dianggotai oleh 10 orang ahli iaitu 9 orang YB Menteri dan seorang Pengerusi
Jawatankuasa Kabinet Pemerkasaan TVET-Teknikal (JKTeknikal). Kementerian yang
terlibat adalah KPM, KSM, KPLB, KBS, MED, KPDNHEP, MOA, KKR dan MITI.
JKKPTVET ini berperanan sebagai badan penasihat kepada Kerajaan untuk
pembangunan TVET negara selain turut membahaskan isu-isu semasa negara
berkaitan TVET.
Jawatankuasa Kabinet Pemerkasaan TVET – Teknikal (JK Teknikal) telah
diwujudkan pada 28 Februari 2019 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Soh
Thian Lai, Presiden Federation of Malaysian Manufacturers (FMM). JK Teknikal
dengan dianggotai seramai lebih 184 ahli mewakili Kementerian, Universiti Awam,
Malaysia Technical University Network (MTUN), institusi – institusi TVET awam dan
swasta, industri, agensi, Persatuan Perniagaan dan Badan Profesional.
Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pemerkasaan TVET Bil.2/2019 pada 26 November 2019