Page 14 - PowerPoint Presentation
P. 14

LAPORAN TAHUNAN 2019 | 10






            PENYEDIAAN KERTAS STRATEGI TVET BAGI RANCANGAN MALAYSIA KE 12


                   Kementerian Pendidikan Malaysia telah dijemput oleh Kementerian Hal

            Ehwal Ekonomi untuk menghadiri mesyuarat Inter Agency Planning Group (IAPG)
            kali pertama pada 30 Mei 2019. Semasa mesyuarat tersebut, KPM telah

            diamanahkan untuk menyediakan tiga kertas strategi iaitu bagi sektor Pendidikan,

            Pendidikan Tinggi dan TVET. BKTVET, JPPKK telah dilantik sebagai sekretariat
            bagi penyediaan kertas strategi TVET bagi RMKe12. Sesi perbincangan, mesyuarat

            dan libat urus telah dilaksanakan dengan pengurusan tertinggi dan pihak

            berkepentingan bagi mendapatkan bahan dan maklum balas untuk penyediaan
            kertas strategi TVET yang mantap. Ini termasuk dua kali libat urus bersama ahli

            kumpulan fokus (Focus Group) dan dua kali bersama kumpulan kerja teknikal

            (Technical Working Group- TWG). Selain daripada itu, dapatan juga dipungut
            melalui dua platform atas talian yang telah dibangunkan untuk mendapatkan

            maklum balas dan input daripada 40 pakar dan 5,064 pelajar TVET. Draf akhir

            kertas strategi TVET telah diserahkan kepada MEA pada 29 Oktober 2019 untuk

            tindakan selanjutnya.

































            Timeline Penyediaan Kertas Strategi TVET bagi
                     Rancangan Malaysia Ke 12
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19