Page 10 - PowerPoint Presentation
P. 10

LAPORAN TAHUNAN 2019 | 6







                     Bahagian Koordinasi TVET (BKTVET) berperanan merancang dan

              mengurus pelaksanaan dasar-dasar negara dan kementerian berkaitan sistem

              pendidikan dan latihan institusi serta meneliti dan menterjemah hal-hal
              perundangan pendidikan, akta pendidikan dan peraturan jabatan dan institusi di

              bawahnya, menganalisis isu dan masalah berkaitan perlaksanaan dasar

              pendidikan dan latihan, menyediakan kertas dasar, mengurus dan menyelaras
              maklum balas daripada pihak luar seperti Parlimen, Jemaah Menteri, Dewan

              Undangan Negeri dan badan-badan lain serta merangka kandungan dokumen

              kerjasama, persefahaman dan perjanjian dengan institusi/pihak luar.


                     Bahagian Koordinasi TVET (BKTVET), Jabatan Pendidikan Politeknik dan
              Kolej Komuniti terdiri daripada empat (4) unit iaitu Unit Dasar, Unit Strategik, Unit

              Pengantarabangsaan serta Unit Data dan Diseminasi. BKTVET juga berperanan

              merangka dan menentukan hala tuju dan strategi pendidikan dan latihan di
              peringkat jabatan dan institusi di bawahnya melalui Pelan Pembangunan

              Pendidikan Malaysia (PPPM(PT)), Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti

              2018-2025 (PSPKK) dan Rangka Kerja TVET 4.0.


                     Selain itu, Bahagian Koordinasi TVET juga perlu merancang dan
              mengurus data, data analitik dan diseminasi data. Akhir sekali Bahagian

              Koordinasi TVET berperanan merancang dan mengurus kolaborasi global bagi

              pelaksanaan pengambilan pelajar antarabangsa, penyediaan kertas dasar
              berkaitan pengantarabangsaan maklum balas dengan pihak luar negara di

              peringkat menyelaras maklum balas dengan pihak luar seperti CPSC, UNESCO-

              UNEVOC, SEAMEO dan lain-lain serta merangka dokumen kerjasama,
              persefahaman dan perjanjian di peringkat global.
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15