Page 30 - PSPKK 2018-2025
P. 30
PELAN STRATEGIK POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (2018-2025)
NILAI TERAS
Nilai-nilai teras merupakan nilai yang perlu dikongsi bersama, dihayati dan diamalkan oleh seluruh
warga Politeknik dan Kolej Komuniti. Nilai-nilai tersebut adalah:
1 Kreativiti dan inovasi
Kreatif dan inovatif dalam tindakan dan
membuat keputusan secara bijaksana.
Integriti
2 Kualiti unggul dipupuk dan disemai dalam kalangan
warga berteraskan prinsip kejujuran, ketulusan,
keutuhan, dan amanah dalam setiap tindakan untuk
mencapai kecemerlangan diri dan organisasi.
Ketangkasan
3 Kecepatan, kepantasan, kecekapan, dan proaktif
dalam tindakan dan tindak balas terhadap perubahan
atau pembaharuan di dalam organisasi.
4 Profesionalisme
Berkemampuan atau berkemahiran untuk
melaksanakan tugas yang telah diamanahkan sesuai
dengan prosedur dan etika kerja.
21